Monday, November 23, 2009

Kem Himpunan Pemimpin Muda 2009

Program : KEM HIMPUNAN PEMIMPIN MUDA 2009

Tempat : KEM KIJANG, PANTAI CAHAYA BULAN

Tarikh : 19 - 21 NOVEMBER 2009

Peserta : BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH YIK

Anjuran : MENTERI PEBANGUNAN BELIA, SUKAN DAN NGO NEGERI KELANTAN



Program ni lanjutan daripada kem Asas Kepimpinan kat Pusat Latihan Belia JKR 10 mase bulan 7 kalau tak silap aku.. Tapi skarang aku nak cerite pasal program yang baru ni pulak..

Sebelum pergi kat kem ni. aku giler punye berdebar..dup..dap..dup..dap.. Gementar uh! Aku sendiri tak tahu pehal.. Maklum laa, program ni, besar kan.. Lagipun, mase kem yang dulu, aku jadi ketua.. Ketua bagi 7 buah sekolah YIK kat kelantan nie.. Gementar gak uh! hee~ Kena pulak aku nie bawak nama skolah kebanggaan aku >> MAAHAD MUHAMMADI LELAKI >> profile tinggi uh!

Tiba kat kem kijang uh, Hari pertama program, aku tengok punye la ramai peserta! Gementar ugak aku n the geng! Maklum la, ade 400 orang peserta dari 32 skolah YIK kat seluruh negeri Kelantan.. Time kitorang masuk dalam dewan, semua orang pandang.. Aku yang kat depan sekali! Gabra ugak uh! Lagipun time tu kitorang pakai jubah.. Bajet mantap laa! hee~

Lepas pada majlis perasmian and pembahagian bilik, pihak urusetia nak buat pemilihan untuk sape yang jadi ketua @ tok penghulu bagi semua peserta . Then, dengan persetujuan ramai, ketua akan di pilih dengan cara mengundi calon-calon yang dah jadi ketua kat kem yang sebelum ni.. Maka, tersenarailah aku... Berdepan pula dengan saingan aku yang merupakan seorang Ketua Pelajar, Ketua Pengawas, Ketua Badan Dakwah dan Ketua PRS! Kalau tengok kat dorang, memang perfect giler arh! Time tu, aku terfikir bahawa sah aku yang akan terkeluar dulu sebab aku HANYALAH Ketua Fotografi! Namun, pengundian tetap di buat secara adil dan saksama.. Akhirnya......

>> AKU YANG DI LANTIK SEBAGAI KETUA @ PENGHULU BAGI SEMUA PESERTA HIMPUNAN PEMIMPIN MUDA 2009 PERINGKAT NEGERI KELANTAN!

Satu detik yang amat mendebarkan.. Terus aku terfikir, " layakkah aku? bolehkah aku? mampukah aku? " Namun, semua itu aku tempuhi.. Memang menakutkan..Kem ni sememangnya menguji ketekalan aku.. Walaupun dalam hujan yang lebat, air yang memenuhi laluan di kem kijang tu, aku tetap jalankan tugas aku sebagai ketua.. Setiap kali nak ke dewan, aku akan pergi round kat semua asrama dan dorm and pastikan semua clear.. Begitulah seterusnya..

Sepanjang kem ni, hujan terus menduga kami.. Macam-macam alasan yang peserta bagi untuk dapat pengeculian atas sebab hujan.. Hadoi.. Penat laa.. Macam mane nak jadi pemimpin kalau hujan pun dah banyak merengek? Pandai-pandai la tegar..

Hari kedua, buat Qiamullail.. Mak ai, bapak punye liat dorang ney nak bangun! Tido ke da mati ntah.. Lastly, hanya beberapa kerat je yang bangun... Isk isk sik.. Sesungguhnya keadaan ini memang PENAT DAN TENAT.. Nak bangun Subuh pulak susah ugak! Kalau nak ikotkam hati aku, nak aje aku bok asrama n dorm dorang uh! p last last dapat ugak aku kejutkan sume.. Puas ati rase~ Pagi tu pulak, kena wat senaman aerobik lak... Hadoi.. Si urusetia plak suh ketua buat header.. Hadoi.. dapat kat aku, maen hentam aje laa... hahahaha~ tp, memang enjoy!

Petang pulak, time game, kitorang maen game buat bangunan dengan ahli kumpulan.. Buat bangunan dengan badan laa.. Punye la saket aku kene lanyak.. Atas belakang, bahu, dsb.. Hadoi... Tapi, kitorang dapat jadi team terbaek!hee~

Hari ketiga, kitorang bangun pagi-pagi n pakai hensem2 sebab urusetia cakap nak bawak kitorang pegi tempat yang special! Lepas sembahyang n kuliah subuh, akhirnya urusetia cakap dorang nak bawak pegi kat dewan duyung, Perdana Resort sebab ada Konvesyen Belia peringkat negeri Kelantan.. So, lepas sarapan pagi, kitorang berkumpul kat dalam dewan sementara tunggu bas.. Sementara menunggu tu, urusetia minta sesiapa yang nak bercakap kat depan, dipersilakan.. So, aku pun terus pergi tanpa menunggu orang laen.. Dalam ucapa. tu, macam-macam yang aku cakap.. And aku yakin, ia sememangnya memberikan kesan kepada para pendengar.. Kalau korang nak taw camne, tanye2 la kat sesape yang mendengar..

>> to be continiued.....

No comments: