Thursday, February 3, 2011

Ohh.Ok.Aku dah faham.

"lega org sane slmt~
muga prjlnnnya dpermudahkan..insyaAllah"
>>via Facebook.com

Ohh. Ok. Aku dah faham. Ini rupanya. First thing first, thankz to Facebook.com coz salu bg penjelasan kat aku. Terima kasih. Kini aku tahu. Yang dulunya aku tak tahu, aku tak sedar.Aduh.

K E C E W A.

Tak apelah phaez. Dah ini nasib agaknya. Tapi sumpah aku kecewa. Baru aku tahu aku hanya mempersiakan diri sendiri je selama nih. Huh. Aku dah agak. Tapi aku nih bodoh. Aku still harapkan dia. Sumpah aku cuba gila babi untuk tambat hati dia. Tapi hampeh. Dia still ag ada hati kat laki uh. Even laki uh dah permaenkan dia. Even laki uh dah buang dia. Even laki uh dah tinggalkan dia. Dia still mengharap.

S A K I T H A T I

Sakit hati. Sumpah aku caring kat dia gile gile doe. Tak pena miss pun tanye sihat ke tak? Ade sakit sakit ke? Dah makan ke belum? Arini okay tak? Arini watpe? DLL. Tapi APE AKU DAPAT? Dia layan aku pon, macam taknak layan dah skarang. Kalau mesej pon dia tak nak reply. So, what? Sumpah aku kecik ati. Sumpah aku terase. Macam ni yg aku dapat.

J E L O U S ?

Ya. Aku mengaku. Memang aku jeles. Tipu ah kalao aku cakap aku neutral je. Heartless tuu. Ye ah. Mane tak nye? Aku memang suke dia. Aku memang sayang dia. Aku memang cinta dia. Tapi dia? No, Not, Never n ever. Ni la yg orang cakap bertepuk sebelah tangan. Sadis doe. Macam ****. Pompuan yg aku cop memang baek, baling taik kat aku. perghh!

F E D U P ?

Haih. Cicak kubin pon fedup kalo camni. Naek stress pon ade doe. Haih. Tumbuk. Tumbuk. Tumbuk. Tendang. Sepak. Siku. Libas. Flick. Flying kick. DLL. Baru laa ase puas. Tp sket je. haha

-Ending-

Pegi mampos engkau la nak jadi ape. Aku dah malas nak pikir dah. Ni, dua lagu aku tuju khas untuk kau. *Jiwang sket.hehe


Mengintai Dari Tirai Kamar

Artist: Exist
Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan...

Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...

Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari

Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka mengintaimu...

D'Masiv
Diantara Kalian
Ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkanmu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

C/o
Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa2 untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa
Ku harus memilikimu slamanya

Ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Friday, April 2, 2010

Alamak…. Stress giler woo~…

Waduh… Stress gler laa taon neh.. Dah la aku exam SPM, keje ngan organisasi pom tak habes2, pastu ditambah pulak ngan family pressure.. Hadus.. Mati aku kalau teros camnie.. Tengok kat hal2 yg buat aku stress nie banyak, so, jom kite cakap2 scara ditir lagi.. Waduh..

Meh sini nak kasi cerita kat korang sume.. Pes2, kite cakap pasal aku punyer SPM dulu.. Waduh.. Mengeluh panjang aku.. TENAT! Macam mane laa aku taun nie… Pelajaran banyak lagi tak cover kemas2.. nanti cicir lagi terok, nahas la aku.. Dah chapter taon lepas banyak lagi tak berkesudahan, ditambah pulak ngan chapter nak run taon nie.. Hadus.. Dah la aku amek 11 subjek.. Mampos laaa.. Setiap subjek, ade lbeh kurang 15 chapter; fom 4 + fom 5, so, darab plak ngan 11..so, 15 x 11 = 165 CHAPTER yg aku kena backup complete dalam jangka masa lebih kurang; 7 bulan lagi.. Hadus.. Mau gila sih.. Dah la aku tak tuisyen.. Memang gali kubor sendiri la jawabnye.. Agak-agak la kan, tercapai ke tak ek plan ONE STOP aku ek? doa2 la ek moga2 aku dapat buat yang terbaek untuk SPM 2010!

Citer pulak sal family.. Waaa~ mau gila korang kalau jadi aku.. Nak aje bunuh diri rasenye..[tapi aku takde la sampai cemtu..haha].. Dah la balek umah salu lewat; pukul 6@7 ptg baru sampai.. Pastu, bile kite duk kat dalam bilik; kat atas; dikatenye pulak kite TIDUR! Alahai.. Padahal kite tgh study@dll, jugak dikatenye kite tido.. Kalau turun study kat bawah plak, banyak masalah.. tak dapat nak focus la, bising la, tv la, ade keje la n macam2 laa.. Hadoi.. Tak ke mental jadinye..? Mau aje aku terjun KLCC.. tp biala.. Pape pon yg jadi, dorang tetap family aku.. Pape jadi pon, tak lari kemanenye..pcaye laa aku cakap nie..so, taknak komen banyak.. hehe~

Cakap pulak pasal organisasi, aku kene tulis banyak la sket ek? Bagi Badan Redaksi la dulu ek, memang aku pening.. Aku dah penat sangat dah.. Taun lepas aku dah penat giler dah, taun nie, aku lagi.. SEMEMANGNYA KEADAAN TERAMAT PENAT DAN TENAT. Banyak giler keje nak kenen setel.. Ni sume pasal aku jugak.. yg aku gatal nak gubal balek Redaksi Taun nie apesal? Kan dah makan diri..haha.. Tapi tu la, cabaran selalu ade.. So, keep consistant je la.. Sabar.. Actually, aku dah ade dua orang pelapis yg aku dah kompem nk bg jawatan tinggi taun depan.. Tapi, masalahnye, dorang tu semi-pro..susah laa.. Sume nak kene ajar.. Bile la boleh aku lepas kat dowang?haih.. Tapi takpe lagi.. At least 2011 da ade.. 2013 da ade ugak.. 2012 yg jadi masalah.. Memang takde calon yg boleh arap.. Moga2 la taon depan dapat calon baru ek?hee~ hmmm.. Satu lagi, aim nak siapkan majalah; awal.. aku dah aim, November 2010, AL-HIKMAH 2010 Edisi 38; DITERBITKAN. So, aku kene proffin awal2 lagi; dalam September. Then, October, aku dah kene siap editor copy n hantar majalah kat publisher dah.. And, tricknye adalah; BULETIN; AL-HIKMAH The Series. Dengan adenye buletin ni, InsyaAllah, tarikh yg dah deal, goal.

Beralih pulak pasal Majlis Perwakilan Pelajar; MPP, aku kadang2 tak sempat jugak nak cover sume keje aku neh.. So, pandai2 la aku backup.

Lastly, Kelab Seni Foto dan Dokumentasi. Waaa~ kelab ni pon tercicir ugak.. Plan yg terdekat; aku nak buat kelas foto ngan rehlah.. Tapi, aku tak sempat nak handle lagi laa..hadoi.. Tapi, takpe la.. InsyaAllah, aku buat ape yang terdaya…ek?hee~

Waahhh~… Nengok2, camne ek? Ade penim dah ke? “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”…hehe~ Itulah hakikat kehidupan aku. Aku faham; sume neh terjadi bertujuan untuk medidik aku. So, aku kene tabah laa.. Korang2 sume, doa2 la kat aku ek? Kasihani daku~ hehe…k laa.. Biarkan aje aku terpinga-pinga ngan stress problem ney ek?hee~ daa~ tata, ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

Perjalanan Ini

Dalam hidup yang penuh cabaran dan dugaan,
Pada usia kata orang “baru setahun jagung”,
Dah ku lalui perjalanan yang dirantai onak duri,
Penuh dengan rasa pahit dan manis.

Dalam perjalanan ini,
Selalu ku diuji dengan masalah,
Selalu juga ku cuba untuk melarikan diri,
Namun tidak ku temui jalan keluar.

Dalam perjalanan ini,
Masalah sentiasa menduga daku,
Oleh itu, penyelesaiannya ku cari,
Namun, kebuntuan yang daku temui.

Dalam perjalanan ini,
Jalan tengah akhirnya menjadi pilihanku,
Namun tidak ku temui penamatnya,
Membuatkan aku mati akal.

Kini, pada perjalanan yang aku lalui,
Tiada lagi aku mencari di mana keluangan,
Kerana MASALAH, DUGAAN, CABARAN DAN UJIAN,
Tiada kesudahannya.

Friday, February 12, 2010

.:.Hidup aku yang baru.:.

Dulu, aku hanyalah pelajar biasa.
dulu, aku adalah pelajar yang nakal.
dulu, aku selalu buat hal.
dulu, aku selalu maki bila majalah keluar lambat.
dulu, aku slalu masuk BD.
dulu, aku slalu lari bila jumpa dhobit.
dulu, aku slalu lari bila jumpa MPP.
dulu, aku slalu cabut bila nampak cikgu disiplin.
dulu, aku slalu lompat pagar.
dulu, aku slalu ponteng kelas.

sekarang, aku masih ponteng kelas.
tapi tidak seperti dulu lagi.
aku ponteng kerana kerja.
sekarang, aku slalu tangkap plajar nakal.
sekarang, aku slalu jumpa cikgu displin.
sekarang, aku slalu masuk BD.
tapi aku bukan seperti dulu.

Hari ini,
aku berdiri di bumi Maahad Muhammadi Lelaki,
Sebagai Ketua Editor.
Menegemudi jentera bernama Badan Redaksi.
menerbitkan sebuah majalh AL-Hikmah.
yang dulu aku maki kerana lambat diterbitkan.
yang dulu aku maki kerana isi yang tidak menarik.

Namun kini,
aku mengerti.
perjuangan mantan-mantan aku dahulu.
untuk merealisasikan majalh sekolah, AL-HIKMAH.
bukanlah suatu perjuangan yang ringan.
ia adalah perjuangan yang penuh liku.
perjuangan yang memerlukan tenaga dan fikiran.
perjuangan yang tidak mengerti penat lelah.
kini, aku merasainya.

Hari ini,
aku berdiri di bumi Maahad Muhammadi Lelaki,
Sebagai EXCO PENERANGAN DAN PENERBITAN,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI LELAKI.
majlis yang mana selalu aku hina dulu.
selalu aku kutuk.
kini aku memperjuangkannya.

Kini aku,
Tidak lagi seperti dulu.
aku menjadi seorang yang aku maki suatu ketika dulu.
kini aku menyambung perjuangan mereka.
merealisasikan impian mereka.
membuahkan hasil titik peluh mereka.

Kerana,
berdirinya aku di Maahad Muhammadi Lelaki hari ini,
bukan lagi sebagai seorang pelajar yang nakal.
bukan lagi sebagai seorang pelajar yang suka memaki hamun.
bukan lagi sebagai seorang pelajar yang bermasalah.

Tapi,
Berdirinya aku pada hari ini,
Sebagai pemimpin,
Sebagai Ketua Editor Badan Redaksi,
Sebagai Exco Penerangan & Penerbitan Majlis Perwakilan Pelajar.
Sebagai Presiden Kelab Seni Foto & Dokumentasi,
Dan juga sebagai PEJUANG AL-MUHAMMADI.

.:.INILAH AKU.:.

Saturday, November 28, 2009

Denda RM50,000.00 ?

Beberapa minggu yang lepas kita telah menyaksikan perlawanan diantara KELANTAN dan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 – 3 yang menyaksikan Negeri Sembilan Berjaya merangkul gelaran sebagai juara Piala Malaysia 2009 manakala KELANTAN pula merupakan selaku naib juara Piala Malaysia 2009. Perlawanan selama 90 minit itu berlangsung dengan penuh tragedi dan dramatis yang mana pasti akan menjadi sejarah antara perlawanan akhir Piala Malaysia yang terburuk di dalam rekod. Pelbagai kejadian buruk berlaku sepanjang peerlawanan tersebut yang mana telah di cetuskan oleh kedua-dua belah pihak penyokong pasukan.

Baik KELANTAN mahupun Negeri Sembilan, para penyokong mereka semuanya bertindak di luar batasan dengan membaling mercun, botol da seumpamanya yang mana mampu mendatangkan kekecohan di dalam stadium. Namun, badan induk bola sepak Malaysia, FAM, memandang dengan hanya memcelik sebelah mata dengan menyalahkan penyokong KELANTAN sahaja atas kerugian yang di hadapi oleh pihak penjagaan Stadium Putra, Bukit Jalil berikutan kerosakan dan keganasan yang berlaku.

Tindakan FAM mendenda KAFA sebanyak RM 50,000.00 amat tidak adil kerana kerosakan yang terjadi bukan hanya disebabkan oleh tindakan ganas penyokong KELANTAN sahaja. Perkara ini turut dilakukan oleh segelintir penyokong Negeri Sembilan yang mana membaling mercun dan botol menyebabkan kerosakan trek dan persekitaran di stadium berkenaan. Walaupun hanya segelintir, FAM peklu turut berlaku adil dengan mendenda Negeri Sembilan atas alasan sama yang diberi kepada KELANTAN; “Denda ini dikenakan atas sebab kegagalan KAFA mengawal para penyokong mereka.” – petikan.

Sebagai badan yang berprofil tinggi, FAM hendaklah membuat pertimbangan yang paling wajar atas setiap tindakan mereka. Perkara ini merujuk kepada tindakan FAM yang telah mendenda KAFA sebanyak RM500,000.00 secara kasarnya sepanjang tahun ini diatas kesalahan yang diluar kawalan badan tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa FAM telah sedikit sebanyak menindas badan iniduk bola sepak KELANTAN, KAFA, dengan menambahkan lagi bebanan hutang yang ditanggung oleh badan tersebut menjadi lebih berat. Secara tidak langsung, perkara ini dilihat sebagai taktik FAM untuk menyingkirkan KAFA kerana masalah terbaru yang timbul adalah FAM telah membuat pernyataan bahawa mana-mana pasukan negeri atau kelab yang masih mempunyai hutang yang tertunggak tidak akan dibenarkan beraksi di Liga-M pada musim 2010.
Secara tidak langsung, perkara ini merujuk kepada skuad KELANTAN yang mana mempunyai begitu banyak hutang yang tertunggak dengan FAM atas denda yang dikenakan. Hal ini begitu memberi beban yang amat berat kepada KELANTAN sehinggakan Tan Sri Annuar Musa membuat permintaan sumbangan daripada para usahawan KELANTAN pada sidang akhbar dan melancarkan tabung kutipan derma ‘RM1 1KAFA’. Lihat saja pada denda yang dikenakan oleh FAM terhadap KAFA berikutan insiden rusuhan yang terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia di Stadium Sultan Mohammed IV pada tahun ini yang menyaksikan KELANTAN tewas kepada Negeri Sembilan pada saingan Liga Super. Pelbagai denda yang dikenakan oleh FAM seperti denda wang ringgit sebanyak lebih dari RM100,000.00, penggantungan beraksi di stadium keramat, Stadium Sultan Mohammed IV, dan dikehendaki beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama beberapa bulan dan pelbagai lagi.

Denda ini teramat mendatangkan kesan kepada skuad Kijang yang menyaksikan skuad tersebut jatuh merudum dalam saingan Liga Super dan berakhir dengan kedudukan di tempat ke-5. Perkara ini berlaku disebabkan oleh stamina pemain yang terjejas kerana penat menaiki bas dan mengharungi perjalanan dari KELANTAN ke Kuala Lumpur atau ke tempat lawan secara berulang-alik setiap kali perlawanan yang dihadapi. Kini, denda yang terbaru yang dikenakan kepada skuad Kijang oleh FAM ialah denda beraksi tanpa penyokong di stadium. Denda ini secara tidak langsung akan menjatuhkan moral para pemain kerana sepertimana kita tahu, kekuatan moral pemain KELANTAN terletak pada sokongan padu oleh para penyokong.

Oleh hal yang demikian, perkara ini secara tidak langsung telah menjadi gunting dalam lipatan kepada skuad Kijang kerana mereka bakal mengalami zaman kejatuhan kembali. Justeru, saya yakin bahawa kehangatan saingan Liga-M akan kembali hambar kerana secara langsung kita dapat menyaksikan bahawa kehadiran skuad KELANTAN begitu memberikan impak kepada Liga-M dari segi sokongan juga saingan.

Sebagai kesimpulan, saya menyatakan disini bahawa tindakan FAM mendenda KAFA dengan berat adalah suatu tindakan yang LANGSUNG TIDAK WAJAR!!

Monday, November 23, 2009

Kem Himpunan Pemimpin Muda 2009

Program : KEM HIMPUNAN PEMIMPIN MUDA 2009

Tempat : KEM KIJANG, PANTAI CAHAYA BULAN

Tarikh : 19 - 21 NOVEMBER 2009

Peserta : BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH YIK

Anjuran : MENTERI PEBANGUNAN BELIA, SUKAN DAN NGO NEGERI KELANTAN



Program ni lanjutan daripada kem Asas Kepimpinan kat Pusat Latihan Belia JKR 10 mase bulan 7 kalau tak silap aku.. Tapi skarang aku nak cerite pasal program yang baru ni pulak..

Sebelum pergi kat kem ni. aku giler punye berdebar..dup..dap..dup..dap.. Gementar uh! Aku sendiri tak tahu pehal.. Maklum laa, program ni, besar kan.. Lagipun, mase kem yang dulu, aku jadi ketua.. Ketua bagi 7 buah sekolah YIK kat kelantan nie.. Gementar gak uh! hee~ Kena pulak aku nie bawak nama skolah kebanggaan aku >> MAAHAD MUHAMMADI LELAKI >> profile tinggi uh!

Tiba kat kem kijang uh, Hari pertama program, aku tengok punye la ramai peserta! Gementar ugak aku n the geng! Maklum la, ade 400 orang peserta dari 32 skolah YIK kat seluruh negeri Kelantan.. Time kitorang masuk dalam dewan, semua orang pandang.. Aku yang kat depan sekali! Gabra ugak uh! Lagipun time tu kitorang pakai jubah.. Bajet mantap laa! hee~

Lepas pada majlis perasmian and pembahagian bilik, pihak urusetia nak buat pemilihan untuk sape yang jadi ketua @ tok penghulu bagi semua peserta . Then, dengan persetujuan ramai, ketua akan di pilih dengan cara mengundi calon-calon yang dah jadi ketua kat kem yang sebelum ni.. Maka, tersenarailah aku... Berdepan pula dengan saingan aku yang merupakan seorang Ketua Pelajar, Ketua Pengawas, Ketua Badan Dakwah dan Ketua PRS! Kalau tengok kat dorang, memang perfect giler arh! Time tu, aku terfikir bahawa sah aku yang akan terkeluar dulu sebab aku HANYALAH Ketua Fotografi! Namun, pengundian tetap di buat secara adil dan saksama.. Akhirnya......

>> AKU YANG DI LANTIK SEBAGAI KETUA @ PENGHULU BAGI SEMUA PESERTA HIMPUNAN PEMIMPIN MUDA 2009 PERINGKAT NEGERI KELANTAN!

Satu detik yang amat mendebarkan.. Terus aku terfikir, " layakkah aku? bolehkah aku? mampukah aku? " Namun, semua itu aku tempuhi.. Memang menakutkan..Kem ni sememangnya menguji ketekalan aku.. Walaupun dalam hujan yang lebat, air yang memenuhi laluan di kem kijang tu, aku tetap jalankan tugas aku sebagai ketua.. Setiap kali nak ke dewan, aku akan pergi round kat semua asrama dan dorm and pastikan semua clear.. Begitulah seterusnya..

Sepanjang kem ni, hujan terus menduga kami.. Macam-macam alasan yang peserta bagi untuk dapat pengeculian atas sebab hujan.. Hadoi.. Penat laa.. Macam mane nak jadi pemimpin kalau hujan pun dah banyak merengek? Pandai-pandai la tegar..

Hari kedua, buat Qiamullail.. Mak ai, bapak punye liat dorang ney nak bangun! Tido ke da mati ntah.. Lastly, hanya beberapa kerat je yang bangun... Isk isk sik.. Sesungguhnya keadaan ini memang PENAT DAN TENAT.. Nak bangun Subuh pulak susah ugak! Kalau nak ikotkam hati aku, nak aje aku bok asrama n dorm dorang uh! p last last dapat ugak aku kejutkan sume.. Puas ati rase~ Pagi tu pulak, kena wat senaman aerobik lak... Hadoi.. Si urusetia plak suh ketua buat header.. Hadoi.. dapat kat aku, maen hentam aje laa... hahahaha~ tp, memang enjoy!

Petang pulak, time game, kitorang maen game buat bangunan dengan ahli kumpulan.. Buat bangunan dengan badan laa.. Punye la saket aku kene lanyak.. Atas belakang, bahu, dsb.. Hadoi... Tapi, kitorang dapat jadi team terbaek!hee~

Hari ketiga, kitorang bangun pagi-pagi n pakai hensem2 sebab urusetia cakap nak bawak kitorang pegi tempat yang special! Lepas sembahyang n kuliah subuh, akhirnya urusetia cakap dorang nak bawak pegi kat dewan duyung, Perdana Resort sebab ada Konvesyen Belia peringkat negeri Kelantan.. So, lepas sarapan pagi, kitorang berkumpul kat dalam dewan sementara tunggu bas.. Sementara menunggu tu, urusetia minta sesiapa yang nak bercakap kat depan, dipersilakan.. So, aku pun terus pergi tanpa menunggu orang laen.. Dalam ucapa. tu, macam-macam yang aku cakap.. And aku yakin, ia sememangnya memberikan kesan kepada para pendengar.. Kalau korang nak taw camne, tanye2 la kat sesape yang mendengar..

>> to be continiued.....

Friday, September 18, 2009

Raye dah ON THE WAY datang!!

Raya is coming!!huhuhuhuhu....Sukenye aku...Raya dah dekat..Memang happy..Baju bary..Kasut baru..Semangat pun baru!

Tapi...

Ramadhan dah bakal berakhir...Dah nak pergi...Meninggalkan kita semua..SEDIHNYA!!
Bulan yang terbaik, yang terhebat, yang terulung, yang teragung dan yang paling menakjubkan sudah begitu hampir untuk meninggalkan kita semua..Sedarlah wahai teman..Manfaatkan malam terakhir Ramadhan pada malam ini sebaik-baiknya..Buru anugerah dan keistimewaan terulung yang terdapat padanya..Kerana kita masih belum pasti akan bersua denagn bulan yang mulia ini pada masa akan datang..

Syawal pula akan menjelang tiba...Raikannya dengan seribu keceriaan..Kerana ianya sunat pada hukum..Namun, hendaklah kita sentiasa ingat kepada ALLAH.

.:.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.:.
.:.MAAF ZAHIR DAN BATIN.:.