Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN IS COMING!

RAMADHAN dah datang!Best uh!Sukenyer sukenyer!! hahahahaha
dalam banyak2 bulan, bulan RAMADHAN la paling best!

>>kEnapA?

>sebab dapat maen mercun!
>>hahahahaha

>>>Tak la.. Sebab PUASA laa...
>>best puasa taw! Ingat masa kecik2 dulu.. dew gak kelentong skali dua.. hahahahah tapi skarang da besar da.. nak kelentong lagi, memang bangang laa.. pose ney memang mencabar kite. Sebagai manusia, tentu tercabar apabila tak boleh makan start dari waktu Subuh sampai ke waktu Manghrib, baru boleh makan. Mak aii!! Naya tu!!

>>Bukan macam tu. Rase2, tak cukup lagi ke makan entah ape, macam2 sebelom ney? da cukup la bekalan untuk perut kite tahan hanya untuk separuh hari ; subuh - maghrib.. tak boleh? haih.. kalau nak berjaga malam. pandai pulak bajet2 bekalan hutang tidur.. katenye, tidur siang hari, malam hari dapat berjaga. Sebab siang hari dah tidur. cuba kalau kita guna formasi tu untuk puasa di bulan Ramadhan. Makan selama SEBELAS BULAN; Syawal - Syaaban. And then, puasa SEBULAN dalam bulan Ramadahan. Kan guna formasi 'bekalan' juga kan..

>>Itu lain..

>>>Lain? Oh ya. Okay. Kita masih berpegang kepada formasi 'bekalan' tu. Tahu tak perkataan SAHUR? kalau bulan puasa, mesti famous perkataan ni. Famous camne? Famous dengan waktu yang memang manusia paling liat untuk bangun. And sekarang dah jadi satu bahan hiburan, gelak tawa, lawak dll. Sahur adalah satu amalan sunat yang amat di tuntut dalam IBADAT PUASA. And, untuk pengetahuan am, setiap amalan WAJIB akan diGANDAKAN BERLIPAT KALI GANDA PAHALA AMALANNYA. Manakala bagi setiap amalan SUNAT akan di SAMA TARAFKAN dengan PAHALA AMALAN WAJIB. Tidakkah anda tertarik? Cuba bayangkan jika PAHALA itu adalah sesuatu yang nyata? Saya yakin pasti semua umat manusia akan terkejar-kejar untuk mendapatkannya seperti mengejar kekayaan dunia yang tidak abadi. Ini adalah satu ujian terhadap manusia. ALLAH mahu manusia yakin dan betul2 berpegang teguh kepada-Nya dengan membuat perkara2 yang ghaib. Disini akan didapati insan yang benar2 berpegang teguh dengan-Nya dan ikhlas dalam melakukan IBADAT dimuka bumi ini sebagai HAMBA kepada-NYA. Berbalik kepada sahur. Kalau ada yang mengatakan "walaupun bersahur, tapi masih tak cukup". Okay. Tahukah anda bila masanya bersahur? And bila masanya di sunatkan?

>>Bila?

>>Waktu bersahur di buka bermula lewat malam (tengah malam ; 12:00 a.m.) sehingga subuh. Dan di sunatkannya ialah pada waktu dekat-dekat dengan subuh sehingga tepat waktu subuh. Dan selepas waktu subuh adalah di haramkan ; dah start puasa!(kalau makan jugak, sah tak nak puasa). Dan juga jika 'bersahur' pada waktu jauh dengan waktu subuh ; e.g 12:00 a.m. tak di beri pahala sunat. Kerana terlalu jauh dengan waktu subuh.(kul 2 pon sama!) JIka di kiraguna akal fikiran, mula buat bekal pukul 12:00 a.m., sempat ke nak tahan sampai pukul 12:00 p.m.? rasenye, pukul 8:00 a.m. dah kelentong dah.(kalau kantoi, bagi alasan 'TERlupa') Sebab inilah ISLAM menentukan waktu di SUNATkan sahur dekat dengan waktu subuh and lebih di sunatkan dengan lebih lewat(lebih dekat dengan waktu sahur ; masuk waktu subuh, berhenti makan.) Perkara ini termaktub dalam kitab Feqah, bahagian puasa ; perkara yang di sunatkan ketika berpuasa.

>>Ade banyak lagi ganjaran!

>Ape?

>>>MALAM LAILATUL KHABAR

>>Ape tu?

>>>>Malam dimana merupakan SATU MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN. Perkara ini telah di ungkapkan di dalam kitab agung ;AL-QURAN UL-KARIM. surah AL-QADR, ayat 3 ; bermaksud ; "MALAM AL-QADR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.". Di malam ini, ALLah mengarahkan para MALAIKAT untuk turun ke dunia untuk memberi rahmat yang tak ternilai kepada barang siapa yang bangun dan mengerjakan QIAMULLAIL (bangun malam; solat malam) pada malam itu dan memakbulkan semua doanya. Inilah keistimewaan dan kelebihan yang di beri oleh ALLAH kepada HAMBA-NYA yang taat terhadap-NYA. Namun, perlu kita sedari. Satu persoalan yang masih kekal menjadi tanda tanya ; bilakah malam itu?

>>Bila?

>>>Menurut pendapat, menyatakan MALAM LAILATUL QADAR terdapat di SALAH SATU MALAM di antara SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN. Ada pendapat yang lebih ditir, menyatakan terdapat di antara MALAM2 KIRAAN GANJIL PADA SEPULUH TERAKHIR. Namun, perlu kita sedari bahawa TAKTIK ALLAH SUBAHANA ALLAHU TAALA untuk mengumpan HAMBA-NYA agar beribadat lebih kuat untuk mencari MALAM LAILATUL QADAR yang telah di tinggalkan oleh-NYA sebagai tanda tanya. Sepertimana pepatah yang mengatakan, "untuk mendapat sesuatu yang besar, maka di perlukannya suatu pengorbanan yang besar". Di sini, 'sesuatu yang besar' adalah RAHMAT di MALAM LAILATUL KHABAR. Dan 'pengorbana yang besar' adalah USAHA SIANG MALAM KITA MELAKUKAN IBADAT UNTUK MENDAPATKAN RAHMAT di MALAM LAILATUL KHABAR.

>>Nyatalah sedikit sebanyak mengenai KELEBIHAN PUASA di BULAN RAMADHAN yang di karang oleh saya, MOHD FAIZ IZWAN BIN DAUD @ .:.phaez28.:. @ 龙.xerox.:. @pHaΣz.☆☆☆

>Jika ada apa-apa kesalahan dalam artikel saya ini, saya dengan menjunjung sepuluh jari saya ingin meminta maaf samada menyinggung perasaan mana-mana pihak yang membaca artikel ini mahupun kesilapan informasi yang saya hadirkan. saya sedari hakikat bahawa saya bukanlah manusia yang sempurna. Akhir kata, saya menetapkan, jam 3:00 a.m. 20 OGOS 2009, artikel saya ini siap.

>>>.:.SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.:.<<<

No comments: