Monday, August 31, 2009

Maahad Bolok??

Mari sini aku nak cerita satu kisah.. Haaa....

>Ade satu orang tu, die member lame aku.. Member time skolah rendah.. Dia pompuan.. Ada sekali tu, time ade wat kenduri dekat rumah aku. Tetiba dia datang kat aku, dia tanye;
"Faiz, mu skoloh mano loni?"
Aku pon jawab la dengan bangganye; "skoloh Maahad la.."
"Skoloh agama ko?"
"Mesti la.."
"Uh? Mesti bolok.. Skoloh agama, gapo sangat ado..."
"Huh? Mu tok tahu gapo ado.. Skoloh agama la kemas..."
"Oloh, skoloh miskin.."
Aku pon terus la panas! " Woi! Miskin pon, skoloh agama jugok hok melahirkan pelajar yang bulih result 18A, 20A spm!! Skoloh menengaoh biaso hok bolok tu ado ko? Nok bulih 13A pon belum tentu.."
"Bab tu meme la.... Kegiatan ko eh..."
"Okay. Skoloh menengah ado kow jadi wakil Kelantan dalam Forum Remaja peringkat Antarabangsa n bulih nombor 2? Skoloh mano hok dapat nombor satu program keusahawanan p.u.m peringkat negeri Kelantan? Maahad! Kadet polis skoloh mano hop wakil kelantan gi tanding peringkat antarabangsa kat sarawak? MAAHAD LELAKI taw! skoloh menengah bolok2 ado kow? Debat perdana skoloh mano champion? Maahad lagi! Pertandingan laman web.. Maahad lagi juara..Skoloh menengah ado kow?? Banyok agi..Tapi tok dea nok oyak sini... Lain kali la nok tahu lagi deh?"
Dia tergamam... "Owh....."

>>Tak sangka ada jugak ye orang yang tak kenal Maahad? Kuno la...HAhahahaha....

.:.VOTE FOR MAAHAD.:.

Friday, August 28, 2009

SAHUR!!!

Sahur.. Bab ni memang susah kepada kaki membuta.. Kena bangun pada waktu dinihari.. Memang mencabar.. hahahaha.. Tapi sahur best! And ada hikmahnya... Ikutilah..

>Sahur ialah satu amalan 'makan awal pagi' @ 'bekalan' pada orang yang berpuasa pada hari yang berpuasa pada keesokan harinya. Memang mencabar kepada para 'kaki membuta' kerana terpaksa korbankan waktu tidur diorang untuk bangun bersahur. Ingat aku dulu2 (time kecik2), bangun sahur mudah, tapi nak makan tak lalu. Nasi tu macam da tak de rasa. Hahahha. Tapi skang, da okay da! Selera banyak! Hahaha..

>>Sahur memudahkan solat fardhu subuh. Sahur sunat di lambat-lambatkan sehingga rapat dengan waktu subuh. Perkara ini akan memudahkan lagi kita untuk menunaikan solat fardhu subuh tanpa rasa mengantuk. Baru saja lepas makan, takkan dah mengantuk dah..

>>>Fikir2kanlah ye!

Friday, August 21, 2009

Puasa Udah Datang!

PUASA udah datang...Tibalah saatnya kena tahan makan minum lagi....tapi sebenarnya bukan setakat tu je....kena tahan banyak lagi...huhuhuhu...semua benda yang berkaitan dengan hukum ; HALAL, HARAM, SAH, BATAL, WAJIB, HARUS, SUNAT dan MAKRUH. Perlu kita teliti mengenai perkara itu. Seperti post saya yang terdahulu, "pahala bagi setiap amalan wajib akan di gandakan, manakala pahala bagi amalan sunat di sama tarafkan dengan pahala amalan wajib." dan bersambung dengan hal itu, saya nak membincangkan mengenai pahala puasa. Secara amnya, pahala puasa akan di perolehi melalui cara menjalankan rukun-rukun sah puasa. Tapi adakah ia mencukupi?Bagi saya, masih belum cukup. Kerana ia adalah FAHAMAN AM.

>Pahala amalan bergantung kepada amalan yang kita lakukan. Sedarkah? Bahawa pahala amalan boleh batal jika melakukan sesuatu perbuatan yang haram di sisi Islam? Pada hakikatnya, puasa kita masih sah selagi kita tidak melanggar rukun SAH puasa. Namun, pahala amalan kita bakal bernilai '0' jika amalan kita tidak di jaga. Macam mana tu?

>>Contohnya; Mebuka atau melihat AURAT orang lain. Pada hukum ISLAM adalah haram dan BERDOSA(bagi yang melihat) manakala berdosa besar bagi yang MEMBUKA AURAT. Jadi, perkara yang di anggap temeh ini sememangnya tidak menjadi persoalan bagi mereka yang tidak mengambil tahu. Pahala amalan kita semakin berkurang apabila semakin banyak amalan MAZMUMAH ataupun AMALAN YANG TIDAK BAIK yang kita lakukan. Secara diam, ia akan menolak pahala amaln kita dan secara tidak langsungnya, PUASA KITA TIDAK ADA NILAI. Puasa yang kita lakukan, hanya akan menjadi sia-sia dan hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja. Mahukah anda perkara sebegitu terjadi kepada anda? Semestinya tidak. Jadi, jagalah amalan anda sebaik yang mungkin.

>>>PUASA MENGAJAR KITA BERSIMPATI.
>Puasa adalah satu ibadat yang bermaksud "MENAHAN" dari segi bahasa. Pada segi istilah pula ialah, "MENAHAN DARIPADA MAKAN DAN MINUM BESERTA AMALAN YANG MEMBATALKAN PUASA BERMULA TERBIT MATAHARI SEHINGGA TERBENAM MATAHARI BERSAMA RUKUN YANG TELAH DI KHUSUSKAN." Apabila kita merasai cubaan lapar dan dahaga sepanjang hari, anda akan memahami bagaimanakah derita yang di alami oleh meraka yang tidak berkemampuan menahan lapar dan dahaga. Pada masa yang sama, ia akan mengajar kita menjada seorang yang baik. Contoh amalan yang di tuntut ketika bulan Ramadhan ialah BERSEDEKAH. Bersedekah adalah amalan sunat dan berbalik kepada kata-kata saya yang terdahulu, "pahala bagi setiap amalan wajib akan di gandakan, manakala pahala bagi amalan sunat di sama tarafkan dengan pahala amalan wajib." bermakna sedekat anda itu akan di beri pahala yang sama taraf dengan pahala amalan wajib. Disamping itu, kita merujuk kembali kepada JANJI ALLAH bahawa setiap sedekah yang kita lakukan akan di balas dan sedekah pada bulan Ramadhan akan di balas berlipat kali ganda dan serta merta. Pendek kata; CASH. Di jadikan satu teladan bagi kita, sama-samalah kita mengikuti kisah Saidina ALI BIN ABI TALIB bersama isterinya, SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD pada bulan Ramadhan.

>>Pada waktu Ramadahn, semua umat Islam akan berpuasa sepetimana Nabi MUHAMMAD S.A.W. dan juga Ali bin Abi Talib bersama isterinya. Sudah tiga hari, Ali dan isterinya berbuka puasa dan bersahur hanya dengan air sejuk tanpa makanan di samping suasana padang pasir yang teramat panas. Pada hari yang ketiga, mereka amat memerlukan makan untuk berbuka lalu setelah berbincang dengan isterinya, Ali bersetuju untuk menjual baju besinya untuk mendapatkan wang. Setelah berjaya menjual baju besinya, Ali memperoleh sebanyak 6 Riyal( dalam anggaran 6000 pada zaman sekarang) dan berjalan untuk pulang kerumahnya. Dalam perjalanan pulang, seorang lelaki tua menyapa Ali lalu memintanya sejumlah wang dengan berkata "Wahai Ali. Aku adalah seorang tua yang lemah dan tidak berdaya. Sudah beberapa hari aku tidak menjamah sebarang makanan untuk berbuka. Ya Ali, Berikanlah aku wang kamu untuk aku mendapatkan makanan di waktu berbuka nanti." ujar lelaki tua tersebut. Tanpa menunggu lama, Ali menyerahkan sahaja wang sebanyak 6 Riyal tadi kepada lelaki tua itu seikhlas hatinya. Setelah berlalu dan menyambung perjalanan menuju kerumah, Ali masih berkira-kira bagaimanakah dia harus menjawab terhadap isterinya tentang hasil penjualan baju besi tadi. Akhirnya, Ali nekad untuk memberitahu isterinya mengenai hal yang sebenar dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Sesampainya ke rumah, Ali di datangi oleh seorang lelaki dan memintanya untuk tolong menjual unta lelaki itu. Lelaki itu mahu mendapatkan 100 Riyal dari hasil penjualan unta itu dan untungnya di berikan sepenuhnya kepada Ali. Unta itu berada dalam keadaan baik dan elok. Ali bersetuju dan terus membawa unta itu ke sebuah perkampungan dan tiba-tiba dia di sapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertanya-tanya samada jika Ali berkira-kira ingin menjual unta itu. Lalu Ali menjawab; "Ya. Sememangnya ada seorang lelaki yang meminta aku untuk menolongnya dengan menjual unta ini dan dia memahukan nilai sebanyak 100 Riyal untuk unta ini dan bahagia untungnya di berikan sepenuhnya kepada aku.". Lalu lelaki itu bersetuju dan membeli unta itu sebanyak 160 Riyal. Lalu Ali melakukan urusan jual beli di situ dan membawa pulang wang itu kepada tuannya dan wang sebanya 60 Riyal sebagai untung di perolehinya. Selepas itu, Ali berlalu dan terus menuju ke rumah Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda mengenai perkara yang terjadi itu. Lalu Rasulullah bertanya; "Adakah lelaki itu seorang yang tua?" lalu Ali menjawab "Ya, wahai Rasulullah. Lelaki itu merupakan seorang yang tua." jawab Ali. Rasulullah menjawab; "Untuk pengetahuanmu Ali, lelaki tua yang memintamu untuk menjual untanya itu adalah Jibril dan lelaki tua yang membeli unta itu adalah Mikail. Sesungguhnya ini adalah balasan Allah terhadap sedekahmu yang ikhlas tadi. Terimalah sedekah itu kerana ia adalah ganjaran daripada Allah S.W.T."

>>>Dari cerita ini, jelaslah mengenai ganjaran bagi perbuatan kita. Jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar dari cerita ini.

.:.SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_MUBARAK.:.

Thursday, August 20, 2009

The diary of KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI

Karnival Sains Dan Teknologi 2009.
Di Dewan Kompleks Balai Islam.
6 - 9 OGOS 2009.

Huh! Tengok ade member yang post sal ney, terdetiklah di hati ini untuk mengepost ugak.. tambahan pula time-time cam nie...dah takde keje laen laa...huhuhuhuhu... Karnival ney dia wat macam pc fair gak r.. Kebanyakan pesertanya dari kumpulan penjual dan pengedar alatan teknologi. Karnival ni di buka untuk orang ramai berkunjung. And telah di takdirkan bahawa aku akan terlibat ugak dalam karnival tu bila aku and the members di tugaskan untuk menjaga booth Yayasan Islam Kelantan (YIK) bersama dengan dak skolah Maahad Muhammadi Perempuan (MMP)(malah nop ngodoh jah..sbb saem ugop..) and Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (MTS). Firstly, aq nop oyap pasal ari prtama,;

>Hari pertama, aku n the members ; Munir, Alimin, Fikri and Amir pegi kat balai Islam pagi2 lagi ngan motorsikal. Sampai je kat sane, kitorang terpaksa tunggu dalam 15 minit gak la sebab tunggu pintu bukak. Mule2, aku ngan Munir terpaksa pegi balik kat sekolah balek sebab nak cari n pegi amik beg Munir tertinggal kat skola. Cari punye cari, kat dalam bilik, dalam tandas, dalam longkang, tepi tingkap, bawah meja, bawah kerusi, bawah kaki, celah almari, dalam almari, atas almari, bawah almari, tepi almari, celah pintu, belakang pintu, depan pintu, kantin, koridor, lobi, wakaf, astaka, sebelah tepi, depan mata, belakang mata, n mana-mana je. Macam2 skill kitorang gune sebab nak cari beg si Munir tu. tapi last2, jumpa kat tempat parking motor, atas motor orang laen,(sebelah motor Munir time sebelom pegi tadi). Punye la bangang, aku rase macam nak baling je beg tu sekali dengan tuan die..haih.. Bile kitorang pegi Balai Islam balik, pintu still belom buka. So, kitorang plan nak pegi makan dulu. tapi, baru je kitorang nak pegi, ade abang kat situ buka pintu. So, cancel je la plan nak makan tadi. Masuk je kat dalam dewan tu, Fikri terus pegi kat booth YIK, and keluarkan terus dia punya alatan(kain langsir, alas meja, riben, dsb)(bergerak bagaikan professoinal), then kitorang yang laen follow jew.. Lepas siap kitorang buat semua tu, barulah golongan yang sepatutnya ; Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) sampai. Isk isk isk... Dunia dah terbalik.. haih.. Lepas tu, majlis perasmian, n pembahagian hadiah pertandingan. Sekolah aku ; MAAHAD MUHAMMADI LELAKI, menang JOHAN dalam PERTANDINGAN LAMAN WEB.. Aku wat kerja biasa aku, as PHOTOGRAPHER, kena la ambil gambar.. Tapi agak frust sebab hari tu DSLR aku tak dapat guna. Tengok DSLR yang geng MTS punye, meleleh air liur aku..(aku nak DSLR tu!!!) Then, kitorang bersuai kenal ala kadar sesama sendiri. Hari ni, aku kene bertugas sampai ke malam. tugas dia ; kena jaga booth YIK and promote skolah2 YIK (skola ugama arab rakyat) kat para pengunjung yang datang kat karnival tu and lalu lalang(ade lalang ke?) kat situ. Satu hari tu tak ade ape ape sangat. Aku pegi round2, jalan2 kat dalam dewan tu. tengok2 ape yang ade. Aku tak memainkan peranan sangat hari nie.. Sampai pukul 6, aku dah mula boring. Aku duk pikir2 nak wat pe. And datang satu idea(asal dari munir) nak passkan je aku punya shift kat geng MTS sebab diorang stay sampai malam. and booth tu tak de la busy sangat.. Lastly, dapat! Akhirnya aku dapat balek awal dengan perasaan girangnya..huhuhyuhhuhu!!

>>Hari kedua. Aku tak bertugas hari ni. So, tak de la citer pasal arini. Aku pegi gak kat sane, tapi sekadar singgah je la. Tu pon sebab kebetulan aku ade keje and lalu kat situ. Aku pegi sane ngan pakai seluar jeans and t-shirt berkolar je. Memang aku tahu penampilah aku tak sesuai dengan booth YIK, tapi aku pegi gak. At least aku dah jumpe aku punyer camera charger duk kat bawah meja kat dalam booth tu. Nasib baik.

>>>Hari ketiga, aku bertugas hari ni. Pukul 12:45 p.m. aku dah sampai kat Balai Islam. Aku sepatutnya masuk bertugas pukul 3 p.m. tapi biarlah aku datang awal pon. Tak salah kan? Sesampainya aku di booth, aku tengok Munir and Alimin dah ade dah. Rupenye dorang lagi awal. Booth YIK sememangnya mendapat sambutan hangat hari ni. Ini semua kerana Munir bawa datang satu program flash yang di beri nama "The Flash Mind Reader". Program ney memaparkan bilangan angka nombor dari bilangan 1 hingga 99 yang di sertakan satu simbol terhadap setiap satu nombor. untuk menjalankan program itu, anda di kehendaki memilih nombor yang mempunyai dua angka (e.g 28). Sekarang anda sudah mendapati ada dua angka pada nombor itu, yakni 2 dan 8. Lalu, anda di kehendaki menambah ( + ) kedua-dua angka itu (28 : 2 + 8 = 10) dan akan menghasilkan satu nombor baru (10). Kemudian berbalik kepada nombor asal tadi, (28), tolakkan dengan nombor yang baru di hasilkan melalui penambahan tadi (10), (28 : 2 + 8 = 10 ; 28 - 10 = 18) dan nombor dari hasil penolakan tadi, (jawapan tadi) (18), cari nombor itu di skrin dan kenalpasti simbol kepada nombor anda tadi dan anda di kehendaki tidak memberitahu kepada sesiapa tentang jawapan dan apa sahaja proses yang anda turuti tadi. Kemudian, salah seorang daripada kami, (pada ketika itu, kami tidak mengetahui apa yang anda proses, nombor mana yang anda pilih dan apa jawapan anda beserta simbol) lalu membaca minda dan meneka apakah simbol kepada jawapan anda dan skrin tadi juga akan meneka apakah simbol kepada jawapan anda dengan tepat sekali. Ini semua di panggil "Mind Reader" dan jika anda ingin mengetahui bagaimana cara dan helahnya, hantarlah anak-anak anda mahupun saudara-saudara anda ke sekolah di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan seperti MAAHAD MUHAMMADI LELAKI, MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN dan MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH. Anda akan memperolehi jawapannya dan pastikan anak @ saudara anda itu menyertai dan bergiat dalam UNIT IT dan MULTIMEDIA. JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA diSELUBUNGI MIND READER....(gaya menyeramkan seperti Abu Bakar Atan dalam misteri nusantara...). Program ni memang menarik perhatian dan minat orang ramai. sememang mendapat sambutan yang hangat sehingga penat giler aku hari tu. Penat pun ade, sakit tekak pun ade, suka pun ade, dan macam-macam lagi. Ramai orang yang tak puas hati. Nak tahu jugak ape helah die. Sampai ade abang dari bomba tu datang ntah brape ratus kali sambil bawak member2 die. Nak bongkarkan ugak rahsie tu. Tuduh kitorang macam2 ; penipu, pembohong, tak adil dll. Sampai ade yang betul2 tak percaya sampai pegi cek kat seluruh kawasan yang terdekat samada ada camera ke hape ke. Tak percaya ugak. Ade plak pelajar dari sekolah mane ntah, test skali dah tak nak dah.. Takut kot.. Jangan risau. Keselamatan anda adalah tanggungjawab kami.Hahahaha.. Em ade abang tu, duk berbaek2 ngan kitorang.. And ada jugak MAGICIAN datang kat booth kitorang.. Abang Syahrizal name die. Die buat magic kat depan mata aku free je!huhuhuhuhu! Lepak2 ngan abang tu. Sembang2. Then, die chow. and pasal cabutan bertuah pulak. Aku ambil nombor cabutan tu, and aku dapat, cume aku tak dengar sangat time die umum. TIGA kali melepas! Hwaaaa!!! Aku tak dengar bukan sebab ape, duk tengah main ngan mind reader tu gak!
haih..Sampai malam orang tak surut2 pegi booth kitorang. Mind reader tu lah jadi tumpuan diorang. Lastly, aku cabut pukul 9:35 p.m.

>>>>Hari ke empat. Last day la hari ni. sedeyh aku..hahahahaha.. Bukan sal pe. RAHSIA. Memang aku moody giler hari tu. Entah kenape bodoh sangat aku tak dapat nak kawal perasaan sendiri hari tu. And ade satu makhluk tu, mule2 aku duk main mind reader tu dengan orang2 ramai. Tengah2 aku duk terangkan tu, die mari mencelah n cakap "alah, barang lama. Ketinggalan zaman ar. Bolok ar. Tak ade class."(dalam pelak KELANTAN). aku da bengang, aku chow cam tu jew. Tinggalkan terus. Lepas pada tu pulak, aku tengok dari atas. Die pulak yang duk maen mind reader tu n duk terangkan kat orang laen( orang HUSM ade gak time tu)... HIPOKRIT!! Jahanam punya orang! Sambung aku punya moody.(hajat2 tak nak tunjuk kat orang). Start pada watku, saat dan ketika itu, aku moody. And aku TERmelepaskan aku punya moody kat member2 yang lain. And aku ada berkasar sikit. Muka aku memang tak leyh blah ar ngan muka moody. Dan akhirnya berakhirlah suasana pahit manis kenangan ketika Karnival Sains dan Teknologi 2009.

.:.>>Kat siney aku kenal beberapa orang. Dari MMP = Zainab(Kak Nab -no description-), Irna Sofia(Irna tp aku suka panggil PIA), Fatin(Ten), Latifah(Tipah), Maslaini(Mas, misteri betol la die neyh), Im(yang p beli makanan Marry Brown) n yang lain-lain.(bukan aku tak ingat, cuma tak compem jew...tersilap nanti malu!hehehehe...).:.Sini aq nop mintop maaf nga sep mu kalau ada (meme adow pom!) aq wat silap, wat sep mu saket hati, atau wat sep mu traso atau bagi sesiapa yang terkena libasan kain langsir haritu..SORRY sangat2..heheheheh....windu sep mu!

.:.>>MTS = Atiff, Ilham, Hafizuddin and yang laen2...(bukan lupa, cuma ragu-ragu jew...hehehe...)

.:.THE DAY HAD SAY☆YESTERDAY IS HISTORY.:.
.:.TOMORROW IS MYSTERY☆TODAY IS A GIFT.:.

.:.This article was from MOHD FAIZ IZWAN BIN DAUD @ .:.phaez28.:. @ 龙.pHaΣz.:. @ 龙.xerox.:. @ .:.3zOne.☆☆☆ .:.

☆.:.TAKE THE RISK.:.☆

RAMADHAN IS COMING!

RAMADHAN dah datang!Best uh!Sukenyer sukenyer!! hahahahaha
dalam banyak2 bulan, bulan RAMADHAN la paling best!

>>kEnapA?

>sebab dapat maen mercun!
>>hahahahaha

>>>Tak la.. Sebab PUASA laa...
>>best puasa taw! Ingat masa kecik2 dulu.. dew gak kelentong skali dua.. hahahahah tapi skarang da besar da.. nak kelentong lagi, memang bangang laa.. pose ney memang mencabar kite. Sebagai manusia, tentu tercabar apabila tak boleh makan start dari waktu Subuh sampai ke waktu Manghrib, baru boleh makan. Mak aii!! Naya tu!!

>>Bukan macam tu. Rase2, tak cukup lagi ke makan entah ape, macam2 sebelom ney? da cukup la bekalan untuk perut kite tahan hanya untuk separuh hari ; subuh - maghrib.. tak boleh? haih.. kalau nak berjaga malam. pandai pulak bajet2 bekalan hutang tidur.. katenye, tidur siang hari, malam hari dapat berjaga. Sebab siang hari dah tidur. cuba kalau kita guna formasi tu untuk puasa di bulan Ramadhan. Makan selama SEBELAS BULAN; Syawal - Syaaban. And then, puasa SEBULAN dalam bulan Ramadahan. Kan guna formasi 'bekalan' juga kan..

>>Itu lain..

>>>Lain? Oh ya. Okay. Kita masih berpegang kepada formasi 'bekalan' tu. Tahu tak perkataan SAHUR? kalau bulan puasa, mesti famous perkataan ni. Famous camne? Famous dengan waktu yang memang manusia paling liat untuk bangun. And sekarang dah jadi satu bahan hiburan, gelak tawa, lawak dll. Sahur adalah satu amalan sunat yang amat di tuntut dalam IBADAT PUASA. And, untuk pengetahuan am, setiap amalan WAJIB akan diGANDAKAN BERLIPAT KALI GANDA PAHALA AMALANNYA. Manakala bagi setiap amalan SUNAT akan di SAMA TARAFKAN dengan PAHALA AMALAN WAJIB. Tidakkah anda tertarik? Cuba bayangkan jika PAHALA itu adalah sesuatu yang nyata? Saya yakin pasti semua umat manusia akan terkejar-kejar untuk mendapatkannya seperti mengejar kekayaan dunia yang tidak abadi. Ini adalah satu ujian terhadap manusia. ALLAH mahu manusia yakin dan betul2 berpegang teguh kepada-Nya dengan membuat perkara2 yang ghaib. Disini akan didapati insan yang benar2 berpegang teguh dengan-Nya dan ikhlas dalam melakukan IBADAT dimuka bumi ini sebagai HAMBA kepada-NYA. Berbalik kepada sahur. Kalau ada yang mengatakan "walaupun bersahur, tapi masih tak cukup". Okay. Tahukah anda bila masanya bersahur? And bila masanya di sunatkan?

>>Bila?

>>Waktu bersahur di buka bermula lewat malam (tengah malam ; 12:00 a.m.) sehingga subuh. Dan di sunatkannya ialah pada waktu dekat-dekat dengan subuh sehingga tepat waktu subuh. Dan selepas waktu subuh adalah di haramkan ; dah start puasa!(kalau makan jugak, sah tak nak puasa). Dan juga jika 'bersahur' pada waktu jauh dengan waktu subuh ; e.g 12:00 a.m. tak di beri pahala sunat. Kerana terlalu jauh dengan waktu subuh.(kul 2 pon sama!) JIka di kiraguna akal fikiran, mula buat bekal pukul 12:00 a.m., sempat ke nak tahan sampai pukul 12:00 p.m.? rasenye, pukul 8:00 a.m. dah kelentong dah.(kalau kantoi, bagi alasan 'TERlupa') Sebab inilah ISLAM menentukan waktu di SUNATkan sahur dekat dengan waktu subuh and lebih di sunatkan dengan lebih lewat(lebih dekat dengan waktu sahur ; masuk waktu subuh, berhenti makan.) Perkara ini termaktub dalam kitab Feqah, bahagian puasa ; perkara yang di sunatkan ketika berpuasa.

>>Ade banyak lagi ganjaran!

>Ape?

>>>MALAM LAILATUL KHABAR

>>Ape tu?

>>>>Malam dimana merupakan SATU MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN. Perkara ini telah di ungkapkan di dalam kitab agung ;AL-QURAN UL-KARIM. surah AL-QADR, ayat 3 ; bermaksud ; "MALAM AL-QADR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.". Di malam ini, ALLah mengarahkan para MALAIKAT untuk turun ke dunia untuk memberi rahmat yang tak ternilai kepada barang siapa yang bangun dan mengerjakan QIAMULLAIL (bangun malam; solat malam) pada malam itu dan memakbulkan semua doanya. Inilah keistimewaan dan kelebihan yang di beri oleh ALLAH kepada HAMBA-NYA yang taat terhadap-NYA. Namun, perlu kita sedari. Satu persoalan yang masih kekal menjadi tanda tanya ; bilakah malam itu?

>>Bila?

>>>Menurut pendapat, menyatakan MALAM LAILATUL QADAR terdapat di SALAH SATU MALAM di antara SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN. Ada pendapat yang lebih ditir, menyatakan terdapat di antara MALAM2 KIRAAN GANJIL PADA SEPULUH TERAKHIR. Namun, perlu kita sedari bahawa TAKTIK ALLAH SUBAHANA ALLAHU TAALA untuk mengumpan HAMBA-NYA agar beribadat lebih kuat untuk mencari MALAM LAILATUL QADAR yang telah di tinggalkan oleh-NYA sebagai tanda tanya. Sepertimana pepatah yang mengatakan, "untuk mendapat sesuatu yang besar, maka di perlukannya suatu pengorbanan yang besar". Di sini, 'sesuatu yang besar' adalah RAHMAT di MALAM LAILATUL KHABAR. Dan 'pengorbana yang besar' adalah USAHA SIANG MALAM KITA MELAKUKAN IBADAT UNTUK MENDAPATKAN RAHMAT di MALAM LAILATUL KHABAR.

>>Nyatalah sedikit sebanyak mengenai KELEBIHAN PUASA di BULAN RAMADHAN yang di karang oleh saya, MOHD FAIZ IZWAN BIN DAUD @ .:.phaez28.:. @ 龙.xerox.:. @pHaΣz.☆☆☆

>Jika ada apa-apa kesalahan dalam artikel saya ini, saya dengan menjunjung sepuluh jari saya ingin meminta maaf samada menyinggung perasaan mana-mana pihak yang membaca artikel ini mahupun kesilapan informasi yang saya hadirkan. saya sedari hakikat bahawa saya bukanlah manusia yang sempurna. Akhir kata, saya menetapkan, jam 3:00 a.m. 20 OGOS 2009, artikel saya ini siap.

>>>.:.SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.:.<<<

Cinta Kita

Lagu ni aku buat sendiri.. Dah lame dah.. Music pon dew.. Aku wat lagu ney dengan kawan aku ; Idin..


Tika ku sendiri,
Tiada yang menemani,
Memori cinta lalu,
Membayangi diriku.

Kisah kita berdua,
tersemat di hati ini,
Menjadi satu memori,
Cinta yang luka.

c/o:
Saat kita bersama,
Dunia bagaikan syurga,
Terasa begitu indah,
Gelora percintaan.

Tiada sedikitpun,
Terlintas di hati ini,
Cinta kita,
Menemui penghujungnya.

Kini ku sendiri,
Mengharungi liku hidup,
Tanpa dirimu lagi,
Menemani ku disisi.

Kenangan cinta kita,
Terlukis indah di memoriku,
Tak akan ku padamkan,
Cinta kita berdua.

Lyric : .:.phaez.:.
Music : .:.phaez.:.idin.:.

YyaAAaaHhhO0ooo0O0!!!

YabedabeduUu!!!
The fucking exam has been left!!
huhuhuhuhuhuhu
I'm SO HaPpY!!!
So TireD la...
huhhuhuhuhuhuu
XD