Friday, August 21, 2009

Puasa Udah Datang!

PUASA udah datang...Tibalah saatnya kena tahan makan minum lagi....tapi sebenarnya bukan setakat tu je....kena tahan banyak lagi...huhuhuhu...semua benda yang berkaitan dengan hukum ; HALAL, HARAM, SAH, BATAL, WAJIB, HARUS, SUNAT dan MAKRUH. Perlu kita teliti mengenai perkara itu. Seperti post saya yang terdahulu, "pahala bagi setiap amalan wajib akan di gandakan, manakala pahala bagi amalan sunat di sama tarafkan dengan pahala amalan wajib." dan bersambung dengan hal itu, saya nak membincangkan mengenai pahala puasa. Secara amnya, pahala puasa akan di perolehi melalui cara menjalankan rukun-rukun sah puasa. Tapi adakah ia mencukupi?Bagi saya, masih belum cukup. Kerana ia adalah FAHAMAN AM.

>Pahala amalan bergantung kepada amalan yang kita lakukan. Sedarkah? Bahawa pahala amalan boleh batal jika melakukan sesuatu perbuatan yang haram di sisi Islam? Pada hakikatnya, puasa kita masih sah selagi kita tidak melanggar rukun SAH puasa. Namun, pahala amalan kita bakal bernilai '0' jika amalan kita tidak di jaga. Macam mana tu?

>>Contohnya; Mebuka atau melihat AURAT orang lain. Pada hukum ISLAM adalah haram dan BERDOSA(bagi yang melihat) manakala berdosa besar bagi yang MEMBUKA AURAT. Jadi, perkara yang di anggap temeh ini sememangnya tidak menjadi persoalan bagi mereka yang tidak mengambil tahu. Pahala amalan kita semakin berkurang apabila semakin banyak amalan MAZMUMAH ataupun AMALAN YANG TIDAK BAIK yang kita lakukan. Secara diam, ia akan menolak pahala amaln kita dan secara tidak langsungnya, PUASA KITA TIDAK ADA NILAI. Puasa yang kita lakukan, hanya akan menjadi sia-sia dan hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja. Mahukah anda perkara sebegitu terjadi kepada anda? Semestinya tidak. Jadi, jagalah amalan anda sebaik yang mungkin.

>>>PUASA MENGAJAR KITA BERSIMPATI.
>Puasa adalah satu ibadat yang bermaksud "MENAHAN" dari segi bahasa. Pada segi istilah pula ialah, "MENAHAN DARIPADA MAKAN DAN MINUM BESERTA AMALAN YANG MEMBATALKAN PUASA BERMULA TERBIT MATAHARI SEHINGGA TERBENAM MATAHARI BERSAMA RUKUN YANG TELAH DI KHUSUSKAN." Apabila kita merasai cubaan lapar dan dahaga sepanjang hari, anda akan memahami bagaimanakah derita yang di alami oleh meraka yang tidak berkemampuan menahan lapar dan dahaga. Pada masa yang sama, ia akan mengajar kita menjada seorang yang baik. Contoh amalan yang di tuntut ketika bulan Ramadhan ialah BERSEDEKAH. Bersedekah adalah amalan sunat dan berbalik kepada kata-kata saya yang terdahulu, "pahala bagi setiap amalan wajib akan di gandakan, manakala pahala bagi amalan sunat di sama tarafkan dengan pahala amalan wajib." bermakna sedekat anda itu akan di beri pahala yang sama taraf dengan pahala amalan wajib. Disamping itu, kita merujuk kembali kepada JANJI ALLAH bahawa setiap sedekah yang kita lakukan akan di balas dan sedekah pada bulan Ramadhan akan di balas berlipat kali ganda dan serta merta. Pendek kata; CASH. Di jadikan satu teladan bagi kita, sama-samalah kita mengikuti kisah Saidina ALI BIN ABI TALIB bersama isterinya, SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD pada bulan Ramadhan.

>>Pada waktu Ramadahn, semua umat Islam akan berpuasa sepetimana Nabi MUHAMMAD S.A.W. dan juga Ali bin Abi Talib bersama isterinya. Sudah tiga hari, Ali dan isterinya berbuka puasa dan bersahur hanya dengan air sejuk tanpa makanan di samping suasana padang pasir yang teramat panas. Pada hari yang ketiga, mereka amat memerlukan makan untuk berbuka lalu setelah berbincang dengan isterinya, Ali bersetuju untuk menjual baju besinya untuk mendapatkan wang. Setelah berjaya menjual baju besinya, Ali memperoleh sebanyak 6 Riyal( dalam anggaran 6000 pada zaman sekarang) dan berjalan untuk pulang kerumahnya. Dalam perjalanan pulang, seorang lelaki tua menyapa Ali lalu memintanya sejumlah wang dengan berkata "Wahai Ali. Aku adalah seorang tua yang lemah dan tidak berdaya. Sudah beberapa hari aku tidak menjamah sebarang makanan untuk berbuka. Ya Ali, Berikanlah aku wang kamu untuk aku mendapatkan makanan di waktu berbuka nanti." ujar lelaki tua tersebut. Tanpa menunggu lama, Ali menyerahkan sahaja wang sebanyak 6 Riyal tadi kepada lelaki tua itu seikhlas hatinya. Setelah berlalu dan menyambung perjalanan menuju kerumah, Ali masih berkira-kira bagaimanakah dia harus menjawab terhadap isterinya tentang hasil penjualan baju besi tadi. Akhirnya, Ali nekad untuk memberitahu isterinya mengenai hal yang sebenar dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Sesampainya ke rumah, Ali di datangi oleh seorang lelaki dan memintanya untuk tolong menjual unta lelaki itu. Lelaki itu mahu mendapatkan 100 Riyal dari hasil penjualan unta itu dan untungnya di berikan sepenuhnya kepada Ali. Unta itu berada dalam keadaan baik dan elok. Ali bersetuju dan terus membawa unta itu ke sebuah perkampungan dan tiba-tiba dia di sapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertanya-tanya samada jika Ali berkira-kira ingin menjual unta itu. Lalu Ali menjawab; "Ya. Sememangnya ada seorang lelaki yang meminta aku untuk menolongnya dengan menjual unta ini dan dia memahukan nilai sebanyak 100 Riyal untuk unta ini dan bahagia untungnya di berikan sepenuhnya kepada aku.". Lalu lelaki itu bersetuju dan membeli unta itu sebanyak 160 Riyal. Lalu Ali melakukan urusan jual beli di situ dan membawa pulang wang itu kepada tuannya dan wang sebanya 60 Riyal sebagai untung di perolehinya. Selepas itu, Ali berlalu dan terus menuju ke rumah Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda mengenai perkara yang terjadi itu. Lalu Rasulullah bertanya; "Adakah lelaki itu seorang yang tua?" lalu Ali menjawab "Ya, wahai Rasulullah. Lelaki itu merupakan seorang yang tua." jawab Ali. Rasulullah menjawab; "Untuk pengetahuanmu Ali, lelaki tua yang memintamu untuk menjual untanya itu adalah Jibril dan lelaki tua yang membeli unta itu adalah Mikail. Sesungguhnya ini adalah balasan Allah terhadap sedekahmu yang ikhlas tadi. Terimalah sedekah itu kerana ia adalah ganjaran daripada Allah S.W.T."

>>>Dari cerita ini, jelaslah mengenai ganjaran bagi perbuatan kita. Jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar dari cerita ini.

.:.SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_MUBARAK.:.

1 comment:

Amal Hanani Abdul Halim said...

salam
minta izin utk copy paste cerita ni eh..
syukran jazilan..