Saturday, November 28, 2009

Denda RM50,000.00 ?

Beberapa minggu yang lepas kita telah menyaksikan perlawanan diantara KELANTAN dan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 – 3 yang menyaksikan Negeri Sembilan Berjaya merangkul gelaran sebagai juara Piala Malaysia 2009 manakala KELANTAN pula merupakan selaku naib juara Piala Malaysia 2009. Perlawanan selama 90 minit itu berlangsung dengan penuh tragedi dan dramatis yang mana pasti akan menjadi sejarah antara perlawanan akhir Piala Malaysia yang terburuk di dalam rekod. Pelbagai kejadian buruk berlaku sepanjang peerlawanan tersebut yang mana telah di cetuskan oleh kedua-dua belah pihak penyokong pasukan.

Baik KELANTAN mahupun Negeri Sembilan, para penyokong mereka semuanya bertindak di luar batasan dengan membaling mercun, botol da seumpamanya yang mana mampu mendatangkan kekecohan di dalam stadium. Namun, badan induk bola sepak Malaysia, FAM, memandang dengan hanya memcelik sebelah mata dengan menyalahkan penyokong KELANTAN sahaja atas kerugian yang di hadapi oleh pihak penjagaan Stadium Putra, Bukit Jalil berikutan kerosakan dan keganasan yang berlaku.

Tindakan FAM mendenda KAFA sebanyak RM 50,000.00 amat tidak adil kerana kerosakan yang terjadi bukan hanya disebabkan oleh tindakan ganas penyokong KELANTAN sahaja. Perkara ini turut dilakukan oleh segelintir penyokong Negeri Sembilan yang mana membaling mercun dan botol menyebabkan kerosakan trek dan persekitaran di stadium berkenaan. Walaupun hanya segelintir, FAM peklu turut berlaku adil dengan mendenda Negeri Sembilan atas alasan sama yang diberi kepada KELANTAN; “Denda ini dikenakan atas sebab kegagalan KAFA mengawal para penyokong mereka.” – petikan.

Sebagai badan yang berprofil tinggi, FAM hendaklah membuat pertimbangan yang paling wajar atas setiap tindakan mereka. Perkara ini merujuk kepada tindakan FAM yang telah mendenda KAFA sebanyak RM500,000.00 secara kasarnya sepanjang tahun ini diatas kesalahan yang diluar kawalan badan tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa FAM telah sedikit sebanyak menindas badan iniduk bola sepak KELANTAN, KAFA, dengan menambahkan lagi bebanan hutang yang ditanggung oleh badan tersebut menjadi lebih berat. Secara tidak langsung, perkara ini dilihat sebagai taktik FAM untuk menyingkirkan KAFA kerana masalah terbaru yang timbul adalah FAM telah membuat pernyataan bahawa mana-mana pasukan negeri atau kelab yang masih mempunyai hutang yang tertunggak tidak akan dibenarkan beraksi di Liga-M pada musim 2010.
Secara tidak langsung, perkara ini merujuk kepada skuad KELANTAN yang mana mempunyai begitu banyak hutang yang tertunggak dengan FAM atas denda yang dikenakan. Hal ini begitu memberi beban yang amat berat kepada KELANTAN sehinggakan Tan Sri Annuar Musa membuat permintaan sumbangan daripada para usahawan KELANTAN pada sidang akhbar dan melancarkan tabung kutipan derma ‘RM1 1KAFA’. Lihat saja pada denda yang dikenakan oleh FAM terhadap KAFA berikutan insiden rusuhan yang terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia di Stadium Sultan Mohammed IV pada tahun ini yang menyaksikan KELANTAN tewas kepada Negeri Sembilan pada saingan Liga Super. Pelbagai denda yang dikenakan oleh FAM seperti denda wang ringgit sebanyak lebih dari RM100,000.00, penggantungan beraksi di stadium keramat, Stadium Sultan Mohammed IV, dan dikehendaki beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama beberapa bulan dan pelbagai lagi.

Denda ini teramat mendatangkan kesan kepada skuad Kijang yang menyaksikan skuad tersebut jatuh merudum dalam saingan Liga Super dan berakhir dengan kedudukan di tempat ke-5. Perkara ini berlaku disebabkan oleh stamina pemain yang terjejas kerana penat menaiki bas dan mengharungi perjalanan dari KELANTAN ke Kuala Lumpur atau ke tempat lawan secara berulang-alik setiap kali perlawanan yang dihadapi. Kini, denda yang terbaru yang dikenakan kepada skuad Kijang oleh FAM ialah denda beraksi tanpa penyokong di stadium. Denda ini secara tidak langsung akan menjatuhkan moral para pemain kerana sepertimana kita tahu, kekuatan moral pemain KELANTAN terletak pada sokongan padu oleh para penyokong.

Oleh hal yang demikian, perkara ini secara tidak langsung telah menjadi gunting dalam lipatan kepada skuad Kijang kerana mereka bakal mengalami zaman kejatuhan kembali. Justeru, saya yakin bahawa kehangatan saingan Liga-M akan kembali hambar kerana secara langsung kita dapat menyaksikan bahawa kehadiran skuad KELANTAN begitu memberikan impak kepada Liga-M dari segi sokongan juga saingan.

Sebagai kesimpulan, saya menyatakan disini bahawa tindakan FAM mendenda KAFA dengan berat adalah suatu tindakan yang LANGSUNG TIDAK WAJAR!!

No comments: