Friday, February 12, 2010

.:.Hidup aku yang baru.:.

Dulu, aku hanyalah pelajar biasa.
dulu, aku adalah pelajar yang nakal.
dulu, aku selalu buat hal.
dulu, aku selalu maki bila majalah keluar lambat.
dulu, aku slalu masuk BD.
dulu, aku slalu lari bila jumpa dhobit.
dulu, aku slalu lari bila jumpa MPP.
dulu, aku slalu cabut bila nampak cikgu disiplin.
dulu, aku slalu lompat pagar.
dulu, aku slalu ponteng kelas.

sekarang, aku masih ponteng kelas.
tapi tidak seperti dulu lagi.
aku ponteng kerana kerja.
sekarang, aku slalu tangkap plajar nakal.
sekarang, aku slalu jumpa cikgu displin.
sekarang, aku slalu masuk BD.
tapi aku bukan seperti dulu.

Hari ini,
aku berdiri di bumi Maahad Muhammadi Lelaki,
Sebagai Ketua Editor.
Menegemudi jentera bernama Badan Redaksi.
menerbitkan sebuah majalh AL-Hikmah.
yang dulu aku maki kerana lambat diterbitkan.
yang dulu aku maki kerana isi yang tidak menarik.

Namun kini,
aku mengerti.
perjuangan mantan-mantan aku dahulu.
untuk merealisasikan majalh sekolah, AL-HIKMAH.
bukanlah suatu perjuangan yang ringan.
ia adalah perjuangan yang penuh liku.
perjuangan yang memerlukan tenaga dan fikiran.
perjuangan yang tidak mengerti penat lelah.
kini, aku merasainya.

Hari ini,
aku berdiri di bumi Maahad Muhammadi Lelaki,
Sebagai EXCO PENERANGAN DAN PENERBITAN,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI LELAKI.
majlis yang mana selalu aku hina dulu.
selalu aku kutuk.
kini aku memperjuangkannya.

Kini aku,
Tidak lagi seperti dulu.
aku menjadi seorang yang aku maki suatu ketika dulu.
kini aku menyambung perjuangan mereka.
merealisasikan impian mereka.
membuahkan hasil titik peluh mereka.

Kerana,
berdirinya aku di Maahad Muhammadi Lelaki hari ini,
bukan lagi sebagai seorang pelajar yang nakal.
bukan lagi sebagai seorang pelajar yang suka memaki hamun.
bukan lagi sebagai seorang pelajar yang bermasalah.

Tapi,
Berdirinya aku pada hari ini,
Sebagai pemimpin,
Sebagai Ketua Editor Badan Redaksi,
Sebagai Exco Penerangan & Penerbitan Majlis Perwakilan Pelajar.
Sebagai Presiden Kelab Seni Foto & Dokumentasi,
Dan juga sebagai PEJUANG AL-MUHAMMADI.

.:.INILAH AKU.:.

No comments: