Friday, April 2, 2010

Perjalanan Ini

Dalam hidup yang penuh cabaran dan dugaan,
Pada usia kata orang “baru setahun jagung”,
Dah ku lalui perjalanan yang dirantai onak duri,
Penuh dengan rasa pahit dan manis.

Dalam perjalanan ini,
Selalu ku diuji dengan masalah,
Selalu juga ku cuba untuk melarikan diri,
Namun tidak ku temui jalan keluar.

Dalam perjalanan ini,
Masalah sentiasa menduga daku,
Oleh itu, penyelesaiannya ku cari,
Namun, kebuntuan yang daku temui.

Dalam perjalanan ini,
Jalan tengah akhirnya menjadi pilihanku,
Namun tidak ku temui penamatnya,
Membuatkan aku mati akal.

Kini, pada perjalanan yang aku lalui,
Tiada lagi aku mencari di mana keluangan,
Kerana MASALAH, DUGAAN, CABARAN DAN UJIAN,
Tiada kesudahannya.

No comments: